
'Boleh sent MMS gambar you?rindulah kat you', sang jejaka memujuk.
'Err, i malu lah. Muka i bukannya comel pun', jawapan manja si gadis.
'Ala you ni, sejak kita kenal, you tak pernah tunjukkan gambar you, you sayang i tak ni?', sang jejaka menjawab dengan nada merajuk.
'Alululu, okey² sayang. you nak i posing macam mana?, tanya si gadis.
'Urm, suka hati you lah. Janji boleh ubat rindu i kat you, boleh buat i cair' pujuk rayu si jejaka.
'Okey, tunggu kejap tau. Confirm malam ni you tak dapat tido tengok gambar i', jawab gadis tanpa segan.
klik² (bunyi snap gambar) Si gadis mengambil gambar dirinya bersama hiasan nasi lemak 50 sen. diambil gambarnya dari pelbagai posisi. sambil dikepit sana dikepit sini sengaja ditonjol. klik² atas, bawah, kiri, kanan. 'wahh cute jugakk aku ni ekk hehe'
Jejaka: You, i cairlah tengok gambar you ni. i geramlah..you cute sangat!
Gadis: Eh tak lah, i biasa ja lah hehe
Jejaka: Boleh tak i request?Tu pun kalau you sayang i lah..
Gadis: Mestilah i sayang you, nak apa sayang?
Jejaka: I geramlah tengok you..boleh tak kalau....
Gadis: boleh tak apa?hehe
Jejaka: Malam ni tido, i nak peluk² you?
Gadis: You ni mengada tau, kita kan jauh, macam mana you nak peluk i?nakal la you ni hehe
Jejaka: boleh lah?okey?hehe
Gadis: boleh sayang..i ni kan milik you totally, dari hujung rambut sampai hujung kaki i, you yang punya.
Jejaka: i love you !!
Keesokan harinya. Si gadis escape sekolah semata² nak chatting dengan buayafriend kesayangan. Tak ingat dunia lagi dah si gadis masa tu, maklumlah nak main webcam. hias lawa² seksi meksi gitu, sayang punya pasalkan.
Berchatting dan berwebcam lah si gadis dengan si jejaka tanpa ingat batas pergaulan walaupun melalui webcam internet. sangkaan mereka, 'ala, dalam alam maya je pun, tak sentuh² jugak, tengok je'..nikmat sesaat yang seksanya seumur hidup. Terlalu ikutkan nafsu muda, tak ingat lagi kesan di kemudian hari..lalu hanyutlah si Gadis dan si Jejaka dalam khayalan dosa yang tiada berkesudahan.
Bila jemu, si Jejaka mula menjauhkan diri dari si Gadis. kerana baginya 'ah, perempuan macam tu senang betul aku 'makan', tak mustahil bila dia dengan lelaki lain pun macam tu, tak ingin aku nak jadikan bini, entah² sebelum aku pun, dia dah buat camtu dengan lelaki lain'.
Sedarkah si gadis?Kesian..si gadis terlalu sayang hingga sanggup menggadai maruah kepada seseorang yang belum tentu menjadi suaminya. Kalau si jejaka itu bukan jodohnya, alangkah malunya diri si Gadis bila berhadapan dengan suaminya kelak. Lelaki mana mahukan perempuan yang sudah 'tidak suci' lagi?walaupun tak pernah melakukan zina yang sebenar²nya, tapi perempuan yang sudah 'berzina' melalui telefon bimbit, webcam, SMS lucah, panggilan telefon lucah, adakah anda sebagai lelaki mahukan perempuan sebegitu?
Tapi, jangan hanya pandang serong dengan si Gadis. Lihatlah juga si jejakanya. mana sifat tanggungjawab? sudah habis manis, sepah dibuang sebegitu sahaja. sudah puas merasa nikmatnya, dibuangnya jauh² dari hidupnya. Alasan? 'maaf, aku bukan lelaki yang baik untukmu, kau seorang perempuan yg baik, aku hanya seorang bajingan!'. Tapi, mesti ada yang menjawab, 'ala, rezeki dah depan mata, takkan nak tolak kot, tak tahan dohh tengok nasi lemak 50 sen tuuu!!!'..
Suatu hari, si Gadis mulai sedar. 'Bodohnya aku. Jahilnya aku. Hinanya aku. Menyerahkan maruahku macam tu sahaja.' Bagi diri si Gadis, ianya bukan salah si Jejaka. Tapi salah dirinya yang tidak pandai menjaga maruah dan harga diri. 'Andai saja aku tegas pertahankan 'permata' ku, tidak mungkin si Jejaka dapat memujuk rayu. Lemah sungguh imanku. Ya Allah...aku tidak layak untuk mana² jejaka. Aku kotor! Aku perempuan terkutuk dan hina di sisiMu. Tiada jejaka yang menginginkan aku sebagai isterinya jika tahu kisah silamku yang sangat keji itu..Ya Allah, ampunilah aku!'
RENUNG-2KAN LAHH